Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2023

KISAH JUTAWAN FELDA

Imej
  Pernahkah anda mendengar kisah Jutawan Felda- Felda Lyndon B. Johnson (LBJ) dan Jutawan Felda Sendayan? Kisah Jutawan Felda LBJ berlaku sekitar tahun 1996 manakala kisah Jutawan Felda Sendayan pula sepuluh tahun selepas itu. Kebetulan pula, kedua-duanya berlaku di Negeri Sembilan.    Pada tahun 1996, kira-kira 500 orang peneroka Tanah Rancangan Felda LBJ menerima durian runtuh sekitar RM1.3 Juta ke RM2.2 Juta setiap orang sekali gus menjadikan mereka 'jutawan segera'. Perkara sama turut berlaku pada peneroka Felda  Sendayan, cuma jumlahnya kecil sedikit.    Wang jutaan ringgit itu diperoleh mereka apabila kerajaan Negeri Sembilan mengambil alih tanah-tanah rancangan mereka untuk pembangunan Koridor Teknologi Negeri Sembilan yang juga dikenali sebagai ENSTEK.    Kawasan itu menjadi pilihan kerajaan negeri kerana ia adalah kawasan kejiranan berdekatan dengan beberapa pembangunan yang sedang membangun ketika itu, Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA. ...

KISAH JUTAWAN MUSLIM TERKAYA DI MALAYSIA [Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary]

Imej
  Saya berpendapat tidak keterlaluan untuk menyatakan hampir semua orang kenal nama Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Saban tahun beliau dinobatkan sebagai satu-satunya bilionaire Melayu Muslim dalam kalangan 10 terkaya di Malaysia oleh Forbes. Pada 2023, kekayaan beliau dianggarkan sekitar RM7.04 bilion. Namun, kita hanya berpuas hati menerima hakikat bahawa itu sahaja maksimum wakil tunggal daripada kalangan Melayu Muslim yang kita boleh banggakan. Dalam senarai Top 10, malah Top 20 orang yang paling kaya di Malaysia pun sukar untuk mencari wakil beragama Islam dalam senarai tersebut. Adakah kita seronok melihat situasi tersebut? Bagus atau tidak sekiranya ada lebih ramai individu seperti Tan Sri Mokhtar Al Bukhary? Mana lebih baik antara 2 situasi berikut: lebih ramai orang miskin atau lebih ramai orang kaya? Adakah negara akan lebih baik jika lebih ramai orang kaya atau lebih ramai orang miskin? Jawapan kepada semua persoalan di atas adalah hujah penutup untuk menjawab persoalan...

KISAH SI JUTAWAN PAIP

Imej
  Inilah kisah tentang kejayaan yang menginspirasi dari Itali dengan tajuk The Parable of the Pipeline atau diterjemahkan sebagai Perumpaan Sebatang Paip   Kisah ini bermula mengenai dua sahabat, Pablo dan Bruno, yang mempunyai impian untuk kehidupan bertambah baik daripada sebelumnya. Suatu hari, mereka ditugaskan oleh ketua kampung untuk mengangkut air dari sungai ke kampung mereka. Mereka mengambil peluang itu untuk menambah pendapatan dan diberi upah mengikut jumlah baldi air yang mereka angkut setiap hari. Mereka berusaha keras dan selepas beberapa bulan, hasil kerja keras mereka mulai memberi manfaat. Kedua-dua sahabat ini mampu membeli rumah dan binatang ternakan sendiri. Bruno menganggap pekerjaan sebagai pengangkut air merupakan peluang terbaik untuk mencapai matlamat kehidupan yang lebih selesa tetapi tidak bagi Pablo. Pablo ingin mencari jalan yang lebih pantas dan mencadangkan idea membina paip air dari sungai ke kampung halaman mereka. Namun Bruno menolak mentah-m...