9 Jenis Pelaburan Di Malaysia Yang Korang Boleh Cuba

 




Sebut sahaja melabur, mesti korang terfikir untung berjuta-juta kan? Maksud melabur secara mudahnya, korang guna sejumlah wang untuk kembangkan lagi nilai wang yang ada. Dekat Malaysia, ada macam-macam jenis instrument pelaburan.

Kali ini, jom kita kaji 9 jenis pelaburan yang popular di Malaysia. Sambil-sambil tu kitorang share juga kelebihan dan kekurangan setiap pelaburan supaya korang boleh decide mana yang terbaik. So, jom kita start!!


Persedian Sebelum Memulakan Melabur

Sebelum korang memulakan mana-mana pelaburan, korang wajib! ada persediaan pelaburan.
Sebab apa? Pelaburan memang berisiko malah mana-mana pelaburan pasti ada risiko tersendiri.
Kalau tak ada risiko, itu namanya simpan duit, bukan labur kan duit. Seperti kata Tuan Zulkiflie (Mentor Kewangan G100): Melabur jangan sampai Lebur!!. Ada beberapa preparation yang korang boleh buat iaitu:

Pastikan Cashflow (Aliran Tunai) Korang Positif ++

Kalau bulan-bulan cashflow pun tak ada yang lebih, jangan gatal-gatal nak pergi melabur nanti korang juga yang bertambah semput setiap bulan. Sebab apa? Pelaburan ni ada risiko tersendiri. Pelaburan ni bukan skim cepat kaya. Sehebat manapun seorang pelabur keuntungan pelaburan tertinggi hanya sebanyak 30% jadi kalau ada pelaburan yang menawarkan korang peratus pulangan yang lebih tinggi cepat-cepat lari (ehem-ehem!) itu scam, berhati-hati, berbalik pada topik asal, kalau korang tak ada cashflow positif  bulan-bulan nanti kalau tiba-tiba rugi korang nak makan apa? (Saranan: Bina Tabiat Menyimpan Duit Dulu Baru Melabur

Sediakan Simpan Kecemasan & Jangan Usik Simpanan Kecemasan

Kalau korang nak mula melabur lebih baik korang ada simpanan kecemasan atleast 3 bulan, simpanan kecemasan ni untuk korang lebih bersedia kalau apa-apa belaku pada pelabburan korang. Lagi satu, simpanan kecemasan ni korang tak boleh usik hanya untuk kegunaan kecemasan bukan pelaburan. Pelaburan ada risikonya yang korang kena tanggung. 

Tahu Risiko Setiap Pelaburan

Bagi setiap pelaburan, akan ada risikonya. Ada risiko rendah, ada risiko tinggi, jadi korang kena bijak dalam membuat pilihan dan pengurusan pelaburan korang, sebab? kesan risiko tu korang kena tanggung.

Setiap Pelaburan Ada Kelebihan & Kekurangan

Ingat, setiap pelaburan ada kelebihan & kekurangan. Jadi, korang kena pandai nilai sendiri mana yang sesuai dengan keadaan kewangan korang.

Ada Dua Strategi Pelaburan:

  1. Net Worth Strategy
  2. Cash flow Strategy
Net Worth Strategy

Korang kumpul dan tunggu kenaikan nilai aset untuk jangka masa tertentu. Contohnya, korang dapat untung dengan hasil kenaikan harga hartanah yang korang beli 5tahun yang lalu atau kenaikan harga pasaran saham.

Cash flow Strategy

Tingkatkan keuntungan melalui dividen secara bulanan atau tahunan. Contohnya, korang dapat lebih cashflow hasil dari sewaan hartanah bulan-bulan atau dividen tahunan dari saham yang korang beli.

Ada Dua Jenis Pelaburan

  1. Long Term Investment
  2. Short Term Investment



Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

Salah satu jenis pelaburan yang popular adalah simpanan tetap. Jenis pelaburan ini biasanya di tawarkan oleh pihak bank untuk mengalak kan pelanggan menyimpan di bank tersebut. Sebagai balasan, pihak bank akan memberikan pulangan yang di panggil faedah. Pulangan bagi fixed deposit lebih tinggi sedikit berbanding simpanan biasa. Di Malaysia, simpanan tetap hanya boleh dilakukan oleh institusi yang telah berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM). Ini bertujuan untuk mengelak kan perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti kerugian dan salah guna dana.

Kelebihan:

  1. Kurang risiko dan mudah diurus
  2. Lebih selamat kerana di pantau
  3. Pulangan sehigga 3%
  4. Tempoh Deposit yang fleksible 
Kekurangan

  1. Memerlukan modal yang besar dengan minimum RM1000
  2. Di kenakan penalty sekiranya wang di keluarkan sebelum tempoh matang yang telah ditetapkan
  3. Tidak dapat menyaingi kadar inflasi oleh kerana jumlah pulangan yang hampir sama iaitu sekitar 3%


Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

Amanah Saham Nasional Berhad adalah sebuah bentuk pelaburan yang dilakukan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). PNB terkenal dengan cara pelaburan mereka yang tertib. ASNB sangat popular dikalangan bumiputera kerana ia ditawarkan kepada golongan bumiputera. Ini adalah untuk membantu para bumiputera mendapat keuntungan daripada simpanan dan pelaburan mereka. Namun begitu, terdapat juga beberapa skim pelaburan yang ditawarkan kepada bukan bumiputera. Pulangan untuk pelaburan ini juga biasanya sangat konsisten. Namun, pulangan tersebut juga bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

Kelebihan:

  1. Pelaburan yang selamat kerana di urus oleh PNB
  2. Diiktiraf di Malaysia
  3. Pulangan dividen yang konsisten sekitar 5% setahun
  4. Boleh di keluarkan dalam tempoh 24Jam untuk waktu kecemasan
  5. Sesuai dijadikan simpanan kecemasan

Kekurangan

  1. Tempoh agak panjang untuk mendapat kembali keuntungan 100% dari modal asal
  2. Jumlah dividen yang rendah
  3. Mesti melabur dan menyimpan setiap bulan untuk mendapat pulangan yang baik



Pelaburan Saham

Saham adalah salah satu jenis pelaburan yang paling popular di Malaysia. Dengan memiliki atau membeli saham, anda membeli sebahagiah hak milik syarikat tersebut. Pulangan pelaburan saham biasanya berasal dari dividen dan kenaikan nilai saham itu sendiri. Oleh itu, berbanding dengan jenis pelaburan yang lain, melabur saham sering menerima pulangan yang lebih besar, dengan kadar pulangan lebih dari 10%. Namun, realitinya ia memiliki risiko yang tinggi. Harga saham akan naik atau turun dengan mendadak dalam jangka masa yang singkat. Bagi pemula dan pelabur jangka panjang, sebaiknya melabur dalam saham blue chip. Pelaburan saham tidak semestinya terhad kepada pasaran domestik. Korang juga boleh melabur dalam pasaran global yang bukan sahaja menjanjikan keuntungan malah memperolehi kestabilan dalam pulangan yang diterima. Contohnya, Google, Facebook, & Amazon. Modal yang diperlukan di Bursa Malaysia adalah mimima 100 unit. Contoh; jika Nestle berharga RM130 seunit, korang perlu 100 unit X RM130 = RM13000 minima tak termasuk duti setem, caj tambahan dan pengurusan lagi untuk memiliki saham Nestle. Di pasaran Amerika Syarikat pula, anda tidak memiliki jumlah minima untuk membeli saham. Korang juga mempunyai pilihan derivatif di mana modal yang diperlukan lebih kecil dan memberikan leverage kepada anda untuk membuat keuntungan berlipat ganda. Dalam era perdagangan dalam talian kini, sangat mudah untuk melabur dalam saham asing kerana proses pendaftaran dan pembelian saham dilakukan melalui platform perdagangan dalam talian. 

Kelebihan

  1. Keuntungan anda tidak terbatas jika anda memahami pergerakan pasaran dan syarikat berkenaan
  2. Anda akan di gelar sebagai pemilik syarikat tersebut kerana anda melabur dan menjangkakan syarikat tersebut akan berkembang.
  3. Boleh dilakukan dimana-mana sahaja

Kekurangan

  1. Anda memerlukan ilmu dan pengalaman untuk memahami pergerakan pasaran untuk mengelakan kerugian
  2. Kerugian anda tidak terbatas
  3. Emosi anda boleh terganggu
  4. Modal yang besar untuk menjana keuntungan yang besar



Pelaburan Emas

Emas adalah  logam berharga dan pernah digunakan sebagai matawang zaman dahulu di mana emas dileburkan keada bentuk syiling dan bongkah. Emas fizikal mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan harga yang stabil membuatkan ia sering digunakan untuk menyimpan nilai. Namun, emas fizikal berisiko untuk dirompak atau dicuri. Jika anda ingin melabur ke dalam emas, cara terbaik untuk memulakan pelaburan adalah melalui bank atau syarikat emas yang bertauliah seperti Public Gold yang menyediakan perkhidmatan menjual emas pelaburan serta simpanan emas jadi anda tidak perlu risau risiko anda dirompak kerana Pubilc Gold lah yang menanggug risiko simpanan emas anda. Namun, emas tidak memberikan pulangan dividen atau keuntungan. Manakala cara menjana wang dari emas adalah melalui membeli dengan harga yang rendah, menjual pada harga tinggi. Namun, cara ini tidak kurang dicadangkan untuk emas fizikal kerana caj yang tinggi dikenakan oleh kedai emas membuatkan perdagangan emas tidak berbaloi. Sewajarnya, emas dijadikan simpanan peribadi untuk tujuan tertentu kerana sifat asal emas adalah sebagai alat penyimpan nilai.

Kelebihan

  1. Modal yang besar untuk menjana keuntungan yang besar 
  2. Pelabur boleh beli dan jual sendiri tanpa melibatkan pihak ketiga
  3. Aset simpanan yang terbaik jika ekonomi jatuh dan harga mata wang jatuh
Kekurangan

  1. Emas tidak memberikan pulangan dividen atau faedah kerana ia bergantung kepada harga pasaran
  2. Jika menyimpan emas fizikal, boleh di curi atau hilang
  3. Membeli emas pada waktu yang tidak sepatutmya seperti ketika berlaku pergolakan ekonomi kerana harga yang tinggi 





Forex Trading

Pelaburan jangka pendek yang paling menguntungkan adalah forex trading.Asasnya, pertukaran mata wang asing adalah kadar pertukaran antara satu mata wang dengan mata wang yang lain. Forex trading adalah aktiviti perdagangan mata wang berdasarkan harga pasaran semasa. Nilai pertukaran mata wang asing boleh berubah setiap saat bergantung kepada dinamik pasaran dan menjadikan ia platform terbaik untuk perdagangan. Anda boleh gunakan forex trading sebagai pelaburan jangka pendek dengan membeli mata wang yang susut nilai dan kemudian jual kembali apabila harga mata wang tersebut meningkat.

Anda juga boleh menggunakan margin leverage di mana anda menggunakan maksimumkan kuasa modal anda kepada contoh, 5 kali ganda daripada modal asal. Di sinilah di mana, kebanyakan forex trader membuat wang besar dengan leverage. 

Forex trading sesuai untuk orang yang sukakan cabaran dan mampu mengawal emosi mereka. Jika anda dapat mengatasi cabaran ini dan berdisiplin dengan setiap keputusan anda, forex trading mampu memberikan keuntungan yang tinggi dalam jangka masa pendek.

Oleh itu, jika anda benar-benar berminat tetapi tidak mempunyai pengalaman, jangan risau, kerana terdapat banyak broker pertukaran asing yang dapat memberikan peluang pelaburan dan pendidikan kepada pelabur. Oleh itu, apabila anda menyertai salah satu broker ini, anda boleh menggunakan akaun demo percuma untuk pengalaman dan latihan.

Kelebihan

  1. Pulangan yang tinggi (~50-100%)
  2. Servis broker atas talian yang mudah dan cepat
  3. Kos rendah untuk mula
  4. Pasaran dibuka 24 jam 5 hari dan hanya tutup pada hari minggu

Kekurangan

  1. Risiko yang tinggi
  2. Tidak dikawal oleh Bank Negara Malaysia
  3. Naik turun yang mendadak




Pelaburan Bitcoin

Antara muka transaksi Bitcoin
Bitcoin adalah matawang kripto yang paling popular di dunia. Platform seperti Paypal sudah pun menerima Bitcoin sebagai bentuk pembayaran di Amerika Syarikat. Teknologi blockchain yang digunakan Bitcoin telah merevolusikan landskap dunia digital dan melahirkan ramai jutawan baru dalam dunia kripto. 

Bitcoin semakin stabil saban tahun selepas Crypto Crash 2018 di mana kebanyakan matawang kripto susut harga. Kini, hanya yang terkuat sahaja bertahan dan potensi Bitcoin sebagai asset digital semakin cerah saban hari. Namun, buat masa sekarang, walaupun dalam tempoh yang dikira sebagai stabil, penerimaan Bitcoin masih mempunyai cabarannya tersendiri. 

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan pulangan yang tinggi jika anda pelabur baru Bitcoin? Apa yang paling penting adalah anda perlu fokus terhadap matlamat anda sama ada sebagai trader atau pelabur jangka masa panjang.

Sekiranya anda ingin melabur untuk jangka masa panjang, anda perlu cari titik di mana anda rasa harga Bitcoin murah dan kemudian jual apabila harga Bitcoin naik selepas tempoh tertentu. Sekiranya anda ingin menjadi trader, pertamanya, anda perlu buka akaun anda di platform perdagangan yang sah.

Kemudian, gunakan wang modal deposit ini untuk menjana keuntungan dengan kembangkan modal menerusi trade anda. Ramalan anda akan harga Bitcoin jangka masa pendek boleh dibuat melalui kontrak Bitcoin dan jika anda konsisten, anda boleh mendapat pulangan yang tinggi. 

Luno adalah salah satu platform yang mesra pengguna dan selamat. Untuk matawang kripto, Luno bukan sahaja membolehkan anda membeli Bitcoin, tetapi juga Ethereum, Litecoin dan Bitcoin Cash serta menawarkan platform semakan harga semasa.

Kelebihan

  1. Aset digital yang semakin diterima ramai terutamanya institusi kewangan
  2. Pulangan yang tinggi (~300% untuk tahun 2020)
  3. Menggunakan teknologi blockchain yang tidak boleh dipadam selagi adanya internet di dunia
Kekurangan

  1. Naik turun Bitcoin masih lagi mendadak walaupun tidak seperti dahulu
  2. Mempunyai risiko untuk digodam (bergantung kepada platform)
  3. Nilai sebagai aset spekulatif yang bergantung kepada penerimaan Bitcoin masa depan




Pelaburan Hartanah

Hartanah adalah salah satu jenis pelaburan paling popular di dunia sama ada hartanah perumahan atau komersial. Kawasan hartanah paling mahal di Malaysia berada di Lembah Klang terutamanya di tengah kawasan Kuala Lumpur. Apa yang membuatkan hartanah popular adalah permintaan yang stabil dan oleh itu, harga rumah atau tanah sentiasa kekal meningkat. 

Namun, sejak kegawatan ekonomi tahun 2008 disebabkan oleh spekulasi pembelian rumah, hartanah semakin kurang mendapat perhatian dunia. Tetapi di Malaysia, lain pula ceritanya apabila hartanah perumahan secara purata naik sebanyak 131% dari tahun 2009 hingga 2020. 

Kelebihan

  1. Harga yang stabil disebabkan permintaan tidak putus
  2. Pulangan boleh dijana melalui sewa
  3. Kenaikan harga yang tinggi jika terdapat pembangunan di sekitar

Kekurangan

  1. Modal yang tinggi
  2. Kos penyelenggaraan dan pengurusan yang boleh menambah lagi kos pembelian
  3. Aset yang tidak mudah cair seperti saham



Pelaburan Bon

Bon adalah sebuah jenis pelaburan di mana pelabur akan ‘meminjamkan’ dana mereka kepada sesuatu perniagaan, entiti atau pun kerajaan. Wang yang di pinjam tersebut akan di gunakan entiti tersebut untuk menjana keuntungan dalam beberapa tempoh, biasanya tempoh yang panjang.

Kebiasaannya dana tersebut akan di laburkan di syarikat sendiri atau pun melalui saham syarikat yang lain. Entiti yang menggunakan wang pelabur akan membayar faedah sepanjang tempoh pinjaman tersebut.

Kelebihan

  1. Sesuai untuk jangka masa yang panjang
  2. Kebanyakan bon adalah selamat untuk di labur.
  3. Pulangan pelaburan yang boleh di jangka.
Kekurangan

  1. Modal pelaburan yang besar di perlukan untuk pulangan yang lebih menguntungkan.
  2. Likuiditi yang kurang berbanding dengan saham.
  3. Pertumbuhan kewangan yang perlahan berbanding pelaburan yang lain




Pelaburan ETF (Exchange Traded Fund)

ETF atau pun Exchange Trade Fund adalah salah satu unit instrumen di Bursa Malaysia. ETF di laburkan melalui akaun CDS dengan mana-mana broker saham. Pembeliannya adalah sama seperti dengan membeli saham di Bursa Malaysia.

Perbezaan antara ETF dan saham adalah pelaburan ETF melibatkan pelbagai jenis sekuriti seperti saham, komoditi dan bon. Anda melabur dalam satu ‘kotak’ yang mempunyai pelbagai sekuriti sekali gus. Namun jenis pelaburan ini kurang memuaskan dari segi hasil pulangan dan kecairan.

Kelebihan 

  1. Keuntungan melalui Capital Gain dan Income Distribution.
  2. Kepelbagaian sekuriti pelaburan seperti saham, bon dan komoditi.
  3. Kos yang rendah.
  4. Mudah di niagakan secara online dan melalui broker.
Kekurangan

  1. Keuntungan dividen yang rendah.
  2. Modal yang besar.
  3. Pelaburan dalam jangka masa yang panjang.



Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust)

Unit trust merupakan sejenis pelaburan di mana para pelabur akan mengumpulkan dana mereka kepada sebuah syarikat yang akan melaburkan dana tersebut. Dana tersebut akan di jaga oleh seseorang yang di panggil Fund Manager.

Fund Manager tersebut yang akan bertanggungjawab menjaga dan mengembangkan dan tersebut sehingga mendapat keuntungan.Pelaburan jenis ini sesuai untuk mereka yang tiada masa untuk melabur serta tiada pengalaman dalam pelaburan.

Kelebihan

  1. Kepelbagaian: Dana tersebut akan di laburkan ke beberapa syarikat dan entity.
  2. Modal yang rendah sudah boleh di laburkan.
  3. Di urus oleh pihak yang professional.
  4. Syarikat di kawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Kekurangan

  1. Keuntungan dan kerugian yang cepat.
  2. Pelabur tiada kawalan atas dana mereka, syarikat dan fund manager yang akan bertanggungjawab.
  3. Caj servis yang tinggi akan di kenakan.




Pelaburan Koperasi

Koperasi adalah konsep pemilikan bersama dalam sesebuah syarikat. Di Malaysia, pembentukan koperasi adalah melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Melalui koperasi juga, saham syarikat akan dibahagikan sama rata kepada ahli. Jadi, anda sebagai ahli boleh menuntut keuntungan syarikat sebagai dividen. Rata-rata di Malaysia, koperasi merupakan suatu bentuk pelaburan yang agak memberangsangkan. 

Kelebihan 

  1. Pelaburan Koperasi
  2. Kadar yang lebih daripada ASB
  3. Keuntungan syarikat dibahagikan kepada ahli
Kekurangan

  1. Jika syarikat bankrap, anda tidak boleh menuntut apa-apa pembayaran
  2. Keuntungan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa
  3. Potensi syarikat disalah laku oleh pemegang amanah



Pelaburan Platform Pembiayaan Peer-to-peer (P2P)

Pembiayaan P2P semakin popular dengan adanya teknologi kewangan. Antara platform yang kerap digunakan di Malaysia adalah Funding Societies, Fundaztic dan Cofundr. Konsep P2P adalah anda sebagai pelabur memberikan wang anda kepada perniagaan yang memerlukan pembiayaan. Secara langsung, anda memperoleh kadar faedah secara tahunan daripada perniagaan ini. Perniagaan dapat memperoleh pinjaman yang lebih rendah daripada bank dan anda dapat memperoleh bayaran faedah setiap bulan. 

Kelebihan

  1. Pulangan yang sederhana tinggi
  2. Analisa risiko telah dilakukan oleh platform pembiayaan
Kekurangan

  1. Syarikat boleh menyorok butir kewangan mereka
  2. Syarikat yang akan menggunakan platform ini adalah syarikat yang tidak lepas syarat bank (senarai hitam)
  3. Anda berpotensi hilang wang pelaburan atau untung anda jika syarikat tidak mampu bayar




Pelaburan Tabung Haji

Tabung Haji adalah entiti pelaburan yang bertujuan untuk memaksimumkan pulangan wang anda untuk membiayai perjalanan haji. Namun, ramai yang salah sangka bahawa Tabung Haji adalah untuk pelaburan am. Tabung Haji akan melabur ke dalam syarikat yang boleh memberi pulangan berterusan seperti saham syarikat, perniagaan atau pembiayaan Islamic namun untuk pesanan bersama 
(ehem-ehem) Tabung Haji lebih baik dimanfaatkan untuk tujuan menyimapan simpanan bagi menunaikan ibadat haji dan umrah.

Kelebihan

  1. Pulangan yang konsisten setiap tahun
  2. Membiayai kos haji di masa akan datang
Kekurangan

  1. Pulangan yang rendah (1-3%)
  2. Dividen dibayar sekali setahun




Pelaburan Insurans

Kini, ada insurans yang menawarkan pelan pelaburan di mana anda melabur sambil melindungi diri daripada musibah kewangan. Namun, bentuk pelaburan ini lebih mahal daripada insurans biasa di mana tujuan sebenar adalah untuk melindungi diri. Wang untuk pelaburan juga akan ke dana amanah milik syarikat insurans yang mengenakan caj tinggi. Sebagai produk kewangan, ia berguna untuk sesiapa yang inginkan kemudahan semua dalam satu produk.

Kelebihan

  1. Semua aspek kewangan di satu tempat
  2. Dapat perlindungan insurans di samping melabur
Kekurangan

  1. Caj dan komisen kepada ejen yang tinggi
  2. Perlindungan yang lebih mahal berbanding insurans bukan pelaburan
  3. Bayaran bulanan/tahunan untuk perlindungan + pelaburan



Pelaburan Menerusi Kontrak Futures

Kontrak futures adalah suatu bentuk kontrak yang digunapakai oleh pasaran komoditi, indeks saham. Pelaburan ini lebih spekulatif di mana ia membolehkan rangkaian bekalan dunia dikendalikan oleh instrumen kewangan. Jadi, apabila minyak naik, pelaburan futures boleh mendedahkan anda terhadap harga naik turun minyak ini.

Kelebihan 

  1. Pulangan yang tinggi dan tidak terhad
  2. Naik turun pasaran yang cepat
Kekurangan

  1. Margin call yang bermakna anda boleh hilang lebih daripada modal anda
  2. Pasaran paling spekulatif di mana manipulasi bekalan boleh berlaku
  3. Risiko yang tinggi


Kesimpulan

Di sini anda dapat melihat pelbagai jenis pelaburan yang boleh anda labur. Ke semua jenis pelaburan ini boleh mendatang kan keuntungan kepada anda walau pun anda hanya ingin mencari tempat menyimpan wang. Walau bagaimana pun, setiap pelaburan mempunyai risiko. Anda harus mempunyai pelan dan objektif pelaburan anda yang anda harus patuhi sebagai cara untuk mengelakkan kerugian yang banyak dan pesanan bersama bahawa bukan semua pelaburan dapat mendatangkan keuntungan melainkan anda memiliki dan memahami ilmu pelaburan tersebut dengan jelas, Pesanan Mentor Kewangan Malaysia Tuan Zulkiflie "Melabur Jangan Sampai Lebur". So, Semoga Korang Berjaya Dalam Pelaburan Korang, Good Luck!!.

Catatan popular daripada blog ini

Kenaikan Harga Minyak Mentah Dunia dan Kesannya Terhadap Ekonomi Malaysia 2023/24